HYUNDAI STAREX ROYALE 2.5GLS Diesel VGT.
 

HYUNDAI STAREX ROYALE MPV.


GRAND STAREX ROYALE kini lebih mewah.

 




Hyundai grand starex royale yang terkenal kerana praktikalitinya kini didatangkan dengan pelbagai ciri mesra pengguna.

HYUNDAI - SIME Darby Motors Sdn Bhd. (HSDM) baru baru ini telah melancarkan Hyundai Grand Starex Royale baharu. Ia menawarkan ciri-ciri kemewahan yang praktikal untuk semua situasi termasuk urusan perniagaan.







Perubahan utama luaran yang dibuat membabitkan gril hadapan krom,lampu,lampu LED daytime running light (DRL) pada cermin sisi,skirting tepi,bumper depan dan belakang baharu,selain spoiler belakang dengan lampu brek.
Bahagian dalaman pula melibatkan proses naik taraf seperti tempat duduk yang boleh dipusingkan dan pilihan dibalut oleh material kulit Nappa.





Tempat duduk yang oleh dipusingkan itu ditempatkan dibarisan kedua.Ia sangat sesuai untuk perbincangan bersemuka dan atau urusan perniagaan.
Varian Grand Starex Royale yang dinaik taraf juga dilengkapi pintu gelongsor kuasa. Dengan hanya menekan satu butang pintu tersebut akan dibuka. Penumpang tidak perlu membuka pintu secara manual lagi.




Jentera ini dilengkapi panel instrument baharu merangkumi trip komputer yang membolehkan pemilik merekod jarak perjalanan,purata dan penggunaan sebenar bahan bakar. Grand Starex Royale turut dilengkapi system navigasi GPS dan cirri keselamatan Elektronic Stability Programe(ESP)





Model ini menggunakan khidmat enjin diesel 2.5-liter CRDi dengan Variable Geometry Turbocharger(VGT) dan system penyejuk pengecas turbo. Ia berupaya menghasilkan kuasa maksimun sehingga 125 kW (170PS) pada 3,800rpm dan tork maksimum 392 Nm@2,000 hingga 2,500rpm.
Ia didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu putih,hitam,kelabu dan perak. Tempahan dan pandu uji boleh dilakukan mulai 28 julai di semua bilik pameran Hyundai di seluruh Negara.





Grand Starex Royale 2.5GLS Diesel (A) VGT ditawarkan pada harga RM153,888 seunit (di atas jalan) . Untuk pakej premium , harganya ialah RM165,888. Turut ditawarkan jaminan selama 5 tahun atau perbatuan 300,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).
Maklumat lanjut, sila hubungi 017-957 9906



Atau datang ke :

VISTANA AUTOMOBILE SDN BHD.

PT 343 & 344 JALAN PENGKALAN CHEPA,

15300 KOTA BHARU, KELANTAN

017-9579906

http://www.starex-kel.co.cc


 



Links
 Free Websites By All4Webs